TUGASAN CTU555 (21/10/2015)
MENGAPA TIMBUL SIKAP PREJUDIS?
Apakah yang dimaksudkan dengan PREJUDIS?. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang
tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai satu pandangan
negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya mungkin
dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang
tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. Maksud di sini lebih kepada
berprasangka (buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan itu.
Sikap prejudis itu timbul dari minda yang
terkongkong. Ia boleh diumpamakan seperti katak di bawah tempurung. Bunyi
serakan pasir di luar tempurungnya seolah-olah disangka 'dunia'nya sudah kiamat
disebabkan hanya kerana tidak pernah melihat pasir atau mendengar serakan
pasir. Hal ini mungkin salah satu dari faktornya. Oleh itu, individu seperti
ini amat elok mengembara ke dunia luar, biar minda terbuka dan melihat
kepelbagaian budaya dan kehidupan.
Selain itu sikap prejudis mungkin juga timbul apabila
Islam tidak diambil secara menyeluruh. Apa yang diambil cumalah ritualnya saja
seperti solat, zikir, puasa dan sebagainya, akan tetapi akhlak dilupakan.
Sedangkan Rasulullah SAW merupakan manusia yang mempunyai akhlak yang terbaik.
Prejudis/buruk sangka bukanlah akhlak Baginda SAW.
Prejudis ini mungkin juga kerana penyakit sikap
atau penyakit hati individu itu sendiri. Mungkin juga berpunca dari perasaan
benci dan iri hati. Didikan dan
persekitaran juga merupakan faktor timbulnya sikap prejudis. Sesuatu didikan
itu kebiasaannya bermula dari rumah. Ibu bapa yang bersikap prejudis tanpa
sedar menularkan sikap itu kepada anak-anak mereka. Ini dilakukan dalam
kehidupan seharian dan lama - kelamaan anak juga sudah terbiasa berburuk
sangka. Melainkan kalau anak itu mendapat kesedaran sendiri untuk berubah. Jika
tiada inisiatif untuk berubah, maka sikap itu akan menular ke generasi yang
seterusnya.
KONSEP UMMAH: FAKTOR
PENDORONG DAN PENGHALANG
Faktor pendorong:
1)Dalam islam itu sendiri mengajar masyarakat untuk bersifat
universal. Islam itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, adat
resam, mahupun perbezaan jenis dan warna kulit.
2)Islam menyarankan masyarakat untuk saling mengenali serta
mengadakan hubungan silaturrahim yang baik sesama manusia dalam segenap
lapangan hidup sama aada yang berupa peribadi ataupun kemasyarakatan.
3) Salah satu sifat manusia ini adalah saling memerlukan di antara
satu sama lain.
Faktor penghalang:
1) Penghalang besar adalah timbul isu-isu
perbezaan agama, bangsa dan warna kulit dalam kalangan masyarakat.
2) Terlalu berprasangka buruk ataupun prejudis
terhadap individu yang lain.
3) Kurangnya
pengetahuan mengenai kebudayaan yang sedia ada mahupun yang akan dihadapi suatu
masa akan datang.
KISAH YANG
MENAMPAKKAN KEMAJMUKAN BANGSA BUKAN MASALAH DALAM BERAGAMA:
Pengajaran dari peritiwa termeterainya Piagam Madinah.
Semasa Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan seterusnya
baginda telah dilantik menjadi pemimpin di kota tersebut. Kota Madinah didapati
mempunyai masyarakat yang plural iaitu mempunyai pelbagai bangsa, etnik, agama,
bahasa dan budaya. Dengan pemimpinan yang efisien dan mantap, Baginda telah berjaya
menyatupadukan kaum Muhajirin dan Ansar, orang Islam dengan orang bukan Islam
dan orang Yahudi sesama Yahudi; di bawah payung “persaudaraan Islam” atau “ukhuwah
Islamiyyah”. Sungguhpun Kota Madinah dibentuk sebagai sebuah Negara Islam yang
meletakkan al-Quran sebagai sumber perundangan, akan tetapi penganut agama lain
bebas untuk mengamalkan agama mereka.
Pengajaran dari Perlembagaan Malaysia.
Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan etnik yang hidup
bersama. Sungguhpun mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam, masyarakat
tetap boleh hidup secara aman damai. Malah, walaupun agama rasmi di Malaysia
adalah agama Islam, penganut agama lain masih boleh dan bebas untuk menganut
agamanya. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3 ada menyatakan Islam
ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Di sini kita lihat
bahawa, walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi bagi
penganut-penganut agama lain boleh mengamalkan ajaran agama mereka. Di sini kita boleh lihat, kemajmukan bangsa bukan masalah dalam beragama.
2015258656
2015283342
2015278696