REFLEKSI DIRI (4 NOVEMBER 2015)
Apa yang dapat saya pelajari dari sesi pembelajaran ini adalah Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Madinah serta kesan kedua-duanya. Perlembagaan Malaysia terbentuk hasil daripada persetujuan dan pandangan semua rakyat berbilang kaum. Kesan daripada terbentuknya Perlembagaan Malaysia ini adalah terhadap orang Melayu dan bukan Melayu, dimana telah diberikan hak yang istimewa dan sama rata.
Perlembagaan Madinah; Ia terbentuk dengan pimpinan wahyu Allah SWT. Piagam ini telah memperkenalkan konsep yang pertama sekali diamalakan di dunia iaitu konsep hubungan perpaduan (Ukhuwah Islamiyyah) diantara sesama Islam dan antara Islam dengan bukan Islam. Antara kesan daripada ini adalah kaum Muhajirin dan Asar telah bersatu, bersatunya orang Islam dengan bukan Islam dan di antara orang Yahudi sesama mereka.
Ini menunjukkan keberhasilan dalam menyatupadukan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada seseorang pemimpin tersebut.
2015278696
[GMT+8:00, Waktu Malaysia]
No comments:
Post a Comment