REFLEKSI DIRI
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
CTU555 / 7 OKTOBER 2015
Apa yang dapat saya
simpulkan daripada hasil pembelajaran untuk subjek CTU555 pada hari ini adalah;
sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersikap HUSNUZON (Bersangka Baik)
kepada Allah S.W.T dan sesama manusia.
Bersangka baik terhadap
Allah S.W.T adalah salah satu sikap dan amalan hati yang mempunyai nilai yang
tinggi dalam agama. Ia boleh memberi
impak yang besar kepada kita iaitu boleh membentuk kita menjadi seorang hamba
yang benar-benar beriman kepada-Nya serta redha dengan segala ketentuan yang
telah ditetapkan oleh-Nya. Oleh itu, sebagai manusia kita WAJIB bersangka baik
terhadap Allah S.W.T.
Selain itu, kita juga
haruslah sentiasa menanam dan mengamalkan sikap bersangka baik sesama manusia.
Perbuatan ini amatlah dituntut oleh Islam. Hal ini kerana, dengan mengamalkan
sikap sebegini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antaranya ialah hubungan
persaudaraan sesama manusia akan bertambah erat seterusnya terpupuklah rasa
kasih-sayang sesama saudara.
Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat 49 : 12)
Tanamkan sepenuhnya
sikap HUSNUZON di dalam hati, dan buangkan sikap SUUZON!!!
Allah tidak suka kesombongan dan
tidak merendah diri kepada-NYA.
Semoga kita sentiasa
tergolong dalam golongan yang sentiasa mengambil iktibar.
واللّه
أعلم
والسلام
2015278696
[GMT+08:00, Waktu
Malaysia]
No comments:
Post a Comment