LATIHAN BERKUMPULAN (30 OKTOBER 2015)
Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha terhadap masyarakat Melayu awal?
- Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha.
- Disebarkan oleh golongan Pendeta yang menerapkan unsur-unsur tersebut di dalam corak pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
- Disebarkan oleh pedagang Asia Tenggara.
- Unsur kebudayaan India telah diambil dan disesuaikan dengan budaya tempatan.
- Sistem amalan institusi beraja.
Apakah perubahan yang di bawa oleh Islam ke atas Tanah Melayu?
Kesan utama yang di bawa oleh Islam terhadap Tanah Melayu adalah akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu Buddha dan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara satu sama lain dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamalkan dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
Maksud:
- Sekularisme: Konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama.
- Rasionalisma: Fahaman bahawa taatkulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan, menyeselesaikan masalah dan sebagainya.
- Emperialime: Ekspansi politik untuk menguasai negara asing yang menfokuskan kepada penaklukan, aneksasi dan dominasi oleh satu bangsa terhadap bangsa lain.
- Kapitalisme: Sistem ekonomi dan politik yang menfokuskan kepada pemilikan harta benda, industri dan perniagaan.
- Liberalisme: Fahaman pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.
2015283342
2015278696
REFLEKSI DIRI (30 OKTOBER 2015)
Apa yang dapat saya pelajari dari sesi pembelajaran kali ini adalah, penjajahan membawa kesan yang besar terhadap perubahan Tamadun Melayu. Antara kesan yang terpalit adalah terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama dan pendidikan. Sebagai contoh, kesannya dapat dilihat di antara perbezaan pada sebelum dan selepas penjajahan. Contohnya; Corak pemerintahan lebih diamalkan pada zaman sebelum penjajahan, akan tetapi selepas penjajahan, amalan-amalan barat lebih diketengahkan.
2015278696
[GMT+8:00, Waktu Malaysia]
No comments:
Post a Comment