Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menemu ramah seseorang yang
berbangsa Cina. Pada 6 Disember 2015, sekitar pukul 5 petang, kami telah
membuat sesi temu ramah bersama seorang pak cik yang bernama Vincent Lee di sekitar tasik dan bukit yang berdekatan
dengan UiTM Kampus Puncak Perdana. Beliau berasal dari Shah Alam, Selangor dan
berusia 69 tahun. Beliau menganut agama Buddha. Selain itu, beliau mempunyai 2
orang anak masing-masing lelaki dan perempuan. Latar belakang pekerjaan beliau
adalah seorang pesara dalam sektor kerajaan. Beliau yang lebih mesra dengan
panggilan Uncle Lee, seorang yang aktif untuk melakukan aktiviti yang lasak seperti
mendaki bukit.
Tempat pertemuan kami telah diadakan di sekitar taman yang tidak
berjauhan dengan kawasan kampus. Sekitar jam 5 petang, kami telah bertemu tepat
pada masa yang dijanjikan. Seterusnya, kami memulakan perjalanan menuju ke
tasik dan bukit yang berdekatan. Hal ini kerana, beliau lebih selesa jika sesi
temu ramah ini dijalankan disekitar kawasan tersebut sambil melakukan aktiviti
riadah. Semasa dalam memulakan perjalanan kami ke tasik, beliau telah memulakan
sesi perbualan dengan menyatakan satu pepatah Inggeris iaitu, “Life is not
adventure, but Life is about Journey”. Bagi beliau, kehidupan ini adalah satu
perjalanan untuk mencari kehidupan sebenar.
Semasa dalam perjalanan tersebut, pelbagai persoalan yang telah
diutarakan kepada beliau. Antaranya ialah latar belakang budaya Cina itu sendiri
dari segi kebendaan dan bukan kebendaan. Seterusnya, kami juga bertanya
mengenai pendapat atau persepsi beliau tentang agama Islam dari segi penganut
dan agama Islam itu sendiri. Sungguhpun jawapan yang diberikan tidak menepati
seperti soalan yang telah diberikan, namun segala jawapan yang diberikan adalah
berbentuk kiasan yang harus kami sendiri berfikir. Antara contoh adalah,
apabila beliau menyoal kami tentang “di mana syurga dan di mana neraka”. Bagi
beliau, jika seseorang itu berbuat baik di dunia, maka ganjarannya adalah
syurga. Dan jika seseorang itu berbuat jahat, di dunia, maka ganjarannya adalah
neraka.
Bagi pendapat peribadi, beliau tidak gemar dengan soalan yang
terlalu khusus tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadi penyebab beliau tidak mahu
untuk menjawab soalan kami secara terus. Seperti yang telah dinyatakan, beliau
lebih menjawab soalan kami berbentuk kiasan. Pelbagai pepatah Inggeris yang
telah beliau berikan kepada kami semasa sesi temu ramah tersebut.
Secara kesimpulannya, kami berasa amat selesa dengan beliau kerana
beliau seorang yang mudah didekati dan mesra serta sentiasa memberi maklum
balas yang baik terhadap segala persoalan yang telah kami ajukan. Selain itu,
kami juga berasa sangat teruja dengan kebolehan beliau yang fasih berbahasa
Inggeris dan sentiasa menyatakan pepatah Inggeris yang sekali gus memberi makna
yang mendalam. Malah, beliau juga seorang yang berfikiran terbuka dalam
memberikan maklumat dan input kepada kami. Kami ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami bagi menyiapkan
tugasan yang telah diberikan kepada kami. Segala yang beliau nyatakan
sememangnya memberi impak yang mendalam kepada kami.
2015278696
2015258656
2015283342
[GMT+8:00, Waktu Malaysia]