Saturday, December 12, 2015

Hasil Temuramah:
 Laporan Penuh CTU 555
"Lita'aruf Entik Di-Malaysia"
'Kembara bersama Pak cik Vincent Lee' 


 

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kami. Hari ini kami ingin berkongsi hanya penyelidikan kami terhadap entik-entik yang terdapat di negara kita. Untuk tugasan ini kami telah diberikan tugasan untuk menemubual seorang vateran bangsa cina mengernai latar belakang budayanya & pandangan atau perdapatnya terhadap agama islam. Atas keizinan Allah S.W.T. kami telah mendapat kerjasama daripada seorang yang cukup pengalaman dirinya, Vincent Lee berumur 69 tahun seorang tua yang masih aktif & mesra dengan orang ramai.

Untuk mengertahui lebih lanjut lagi hasil temubual kami, anda boleh click link dibawah. Kami juga ada menambah sedikit sebanyak maklumat & informasi dari sumber-sumber yang lain.

Sila click Link ini:
http://www.flipsnack.com/RizalFahmiCheHamid/laporan-penuh-ctu-555.html

Monday, December 7, 2015

MENGAPA TIMBUL SIKAP PREJUDIS?

Apakah yang dimaksudkan dengan PREJUDIS?. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai satu pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya mungkin dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.Maksud di sini lebih kepada berprasangka (buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan itu.

Sikap prejudis itu timbul dari minda yang terkongkong. Ia boleh diumpamakan seperti katak di bawah tempurung. Bunyi serakan pasir di luar tempurungnya seolah-olah disangka 'dunia'nya sudah kiamat disebabkan hanya kerana tidak pernah melihat pasir atau mendengar serakan pasir. Hal ini mungkin salah satu dari faktornya. Oleh itu, individu seperti ini amat elok mengembara ke dunia luar, biar minda terbuka dan melihat kepelbagaian budaya dan kehidupan.
Selain itu sikap prejudis mungkin juga timbul apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh. Apa yang diambil cumalah ritualnya saja seperti solat, zikir, puasa dan sebagainya, akan tetapi akhlak dilupakan. Sedangkan Rasulullah SAW merupakan manusia yang mempunyai akhlak yang terbaik. Prejudis/buruk sangka bukanlah akhlak Baginda.

Prejudis ini mungkin juga kerana penyakit sikap atau penyakit hati individu itu sendiri. Mungkin juga berpunca dari perasaan benci dan iri hati. Didikan dan persekitaran juga merupakan faktor timbulnya sikap prejudis. Sesuatu didikan itu kebiasaannya bermula dari rumah. Ibu bapa yang bersikap prejudis tanpa sedar menularkan sikap itu kepada anak-anak mereka. Ini dilakukan dalam kehidupan seharian dan lama - kelamaan anak juga sudah terbiasa berburuk sangka. Melainkan kalau anak itu mendapat kesedaran sendiri untuk berubah. Jika tiada inisiatif untuk berubah, maka sikap itu akan menular ke generasi yang seterusnya.
Perkongsian Ilmu:
Jelajah hasil kajian & perbincangan kami mengernai perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia


Sila tekan link dibawah untuk gambaran penuh perkongsian kami:

http://www.slideshare.net/rizalyana/perlembagaan-malaysia-dalam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysia-55918284

Berikut adalah video yang boleh dikaitkan dengan tajuk yang kami kongsi bersama rakan-rakan di dalam kelas.
VIDEO: Kemerdekaan Tanah Melayu

VIDEO: Gerakan Menentang Malayan Union


Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menemu ramah seseorang yang berbangsa Cina. Pada 6 Disember 2015, sekitar pukul 5 petang, kami telah membuat sesi temu ramah bersama seorang pak cik yang bernama Vincent Lee  di sekitar tasik dan bukit yang berdekatan dengan UiTM Kampus Puncak Perdana. Beliau berasal dari Shah Alam, Selangor dan berusia 69 tahun. Beliau menganut agama Buddha. Selain itu, beliau mempunyai 2 orang anak masing-masing lelaki dan perempuan. Latar belakang pekerjaan beliau adalah seorang pesara dalam sektor kerajaan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Lee, seorang yang aktif untuk melakukan aktiviti yang lasak seperti mendaki bukit.

Tempat pertemuan kami telah diadakan di sekitar taman yang tidak berjauhan dengan kawasan kampus. Sekitar jam 5 petang, kami telah bertemu tepat pada masa yang dijanjikan. Seterusnya, kami memulakan perjalanan menuju ke tasik dan bukit yang berdekatan. Hal ini kerana, beliau lebih selesa jika sesi temu ramah ini dijalankan disekitar kawasan tersebut sambil melakukan aktiviti riadah. Semasa dalam memulakan perjalanan kami ke tasik, beliau telah memulakan sesi perbualan dengan menyatakan satu pepatah Inggeris iaitu, “Life is not adventure, but Life is about Journey”. Bagi beliau, kehidupan ini adalah satu perjalanan untuk mencari kehidupan sebenar.

Semasa dalam perjalanan tersebut, pelbagai persoalan yang telah diutarakan kepada beliau. Antaranya ialah latar belakang budaya Cina itu sendiri dari segi kebendaan dan bukan kebendaan. Seterusnya, kami juga bertanya mengenai pendapat atau persepsi beliau tentang agama Islam dari segi penganut dan agama Islam itu sendiri. Sungguhpun jawapan yang diberikan tidak menepati seperti soalan yang telah diberikan, namun segala jawapan yang diberikan adalah berbentuk kiasan yang harus kami sendiri berfikir. Antara contoh adalah, apabila beliau menyoal kami tentang “di mana syurga dan di mana neraka”. Bagi beliau, jika seseorang itu berbuat baik di dunia, maka ganjarannya adalah syurga. Dan jika seseorang itu berbuat jahat, di dunia, maka ganjarannya adalah neraka.

Bagi pendapat peribadi, beliau tidak gemar dengan soalan yang terlalu khusus tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadi penyebab beliau tidak mahu untuk menjawab soalan kami secara terus. Seperti yang telah dinyatakan, beliau lebih menjawab soalan kami berbentuk kiasan. Pelbagai pepatah Inggeris yang telah beliau berikan kepada kami semasa sesi temu ramah tersebut.


Secara kesimpulannya, kami berasa amat selesa dengan beliau kerana beliau seorang yang mudah didekati dan mesra serta sentiasa memberi maklum balas yang baik terhadap segala persoalan yang telah kami ajukan. Selain itu, kami juga berasa sangat teruja dengan kebolehan beliau yang fasih berbahasa Inggeris dan sentiasa menyatakan pepatah Inggeris yang sekali gus memberi makna yang mendalam. Malah, beliau juga seorang yang berfikiran terbuka dalam memberikan maklumat dan input kepada kami. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Segala yang beliau nyatakan sememangnya memberi impak yang mendalam kepada kami.

2015278696
2015258656
2015283342

[GMT+8:00, Waktu Malaysia]

Refleksi diri (2 Disember)

Pada zaman jajahan, semua kaum telah dipisahkan antara satu sama lain. Pada masa kini, kerajaan telah banyak berusaha menyatukan semua kaum untuk membentuk rakyat yang berbilang kaum. Penggunaan bahasa dapat menyatukan kaum yang telah terpisah semasa penjajahan. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia. Ia bertujuan untuk menyatukan rakyat kerana Bahasa Melayu mudah difahami dan dipelajari.


2015283342

Refleksi diri (25 November 2015)

Ketidakstabilan ekonomi bagi sesebuah negara akan memberi imej yang negatif kepada negara tersebut. Jika sistem ekonomi tidak stabil, rakyat akan mengalami kesusahan. Ini menyebabkan kos sara hidup menjadi tinggi. Secara tidak langsung, ia boleh mengakibatkan gejala sosial seperti, jenayah dan lain-lain.

2015283342