Perpaduan
Apa yang saya pelajari untuk subjek CTU555 pada setakat ini ialah Perpaduan. Konsep perpaduan adalah penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan negara kita.
Dari segi konsep masyarakat, ia merupakan satu kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang sangat lama seperti hubungan keluarga, pekerjaan dan sebagainya. Sesetengah kumpulan tersebut hidup dengan cara berdikari kerana perlu meneruskan kelangsungan hidup.
2015283342
Sejarah perlu dipelajari. Bukan diketahui untuk diceritakan dan diriwayatkan sahaja. Tetapi yang lebih utama, untuk diambil petunjuk dan pengajaran.
Sunday, October 18, 2015
Wednesday, October 7, 2015
REFLEKSI DIRI
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
CTU555 / 7 OKTOBER 2015
Apa yang dapat saya
simpulkan daripada hasil pembelajaran untuk subjek CTU555 pada hari ini adalah;
sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersikap HUSNUZON (Bersangka Baik)
kepada Allah S.W.T dan sesama manusia.
Bersangka baik terhadap
Allah S.W.T adalah salah satu sikap dan amalan hati yang mempunyai nilai yang
tinggi dalam agama. Ia boleh memberi
impak yang besar kepada kita iaitu boleh membentuk kita menjadi seorang hamba
yang benar-benar beriman kepada-Nya serta redha dengan segala ketentuan yang
telah ditetapkan oleh-Nya. Oleh itu, sebagai manusia kita WAJIB bersangka baik
terhadap Allah S.W.T.
Selain itu, kita juga
haruslah sentiasa menanam dan mengamalkan sikap bersangka baik sesama manusia.
Perbuatan ini amatlah dituntut oleh Islam. Hal ini kerana, dengan mengamalkan
sikap sebegini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antaranya ialah hubungan
persaudaraan sesama manusia akan bertambah erat seterusnya terpupuklah rasa
kasih-sayang sesama saudara.
Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat 49 : 12)
Tanamkan sepenuhnya
sikap HUSNUZON di dalam hati, dan buangkan sikap SUUZON!!!
Allah tidak suka kesombongan dan
tidak merendah diri kepada-NYA.
Semoga kita sentiasa
tergolong dalam golongan yang sentiasa mengambil iktibar.
واللّه
أعلم
والسلام
2015278696
[GMT+08:00, Waktu
Malaysia]
Monday, October 5, 2015
Noay = Helang
Mengendang = Berlegar/terbang di udara mencari mangsa/makanan.
Nama blog ini diilhamkan dari nama seekor helang yang sedang terbang nun jauh dilangit yang ingin mencari mangsa untuk diburu sebagai sumber makanan sendiri dan keluarga seterusnya menjalani kehidupan seharian.
Apa yang boleh kita kaitkan dengan situasi ini adalah, sebagai seorang manusia, seterusnya sebagai pelajar kita haruslah sentiasa mencari peluang untuk menambahkan ilmu untuk menjamin kehidupan pada masa kini dan akan datang. Seterusnya apa yang paling utama adalah setiap kehidupan yang dijalani hendaklah sentiasa dalam keberkataan dan keredhaan Allah S.W.T.
Oleh:
Fahmi
LanShah
Aqim

والله أعلمُ
Oleh:
Fahmi
LanShah
Aqim
Subscribe to:
Posts (Atom)