Sunday, November 1, 2015

TUGASAN CTU555 (21/10/2015)


MENGAPA TIMBUL SIKAP PREJUDIS?

Apakah yang dimaksudkan dengan PREJUDIS?. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai satu pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya mungkin dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. Maksud di sini lebih kepada berprasangka (buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan itu.

Sikap prejudis itu timbul dari minda yang terkongkong. Ia boleh diumpamakan seperti katak di bawah tempurung. Bunyi serakan pasir di luar tempurungnya seolah-olah disangka 'dunia'nya sudah kiamat disebabkan hanya kerana tidak pernah melihat pasir atau mendengar serakan pasir. Hal ini mungkin salah satu dari faktornya. Oleh itu, individu seperti ini amat elok mengembara ke dunia luar, biar minda terbuka dan melihat kepelbagaian budaya dan kehidupan.

Selain itu sikap prejudis mungkin juga timbul apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh. Apa yang diambil cumalah ritualnya saja seperti solat, zikir, puasa dan sebagainya, akan tetapi akhlak dilupakan. Sedangkan Rasulullah SAW merupakan manusia yang mempunyai akhlak yang terbaik. Prejudis/buruk sangka bukanlah akhlak Baginda SAW.

Prejudis ini mungkin juga kerana penyakit sikap atau penyakit hati individu itu sendiri. Mungkin juga berpunca dari perasaan benci dan iri hati. Didikan dan persekitaran juga merupakan faktor timbulnya sikap prejudis. Sesuatu didikan itu kebiasaannya bermula dari rumah. Ibu bapa yang bersikap prejudis tanpa sedar menularkan sikap itu kepada anak-anak mereka. Ini dilakukan dalam kehidupan seharian dan lama - kelamaan anak juga sudah terbiasa berburuk sangka. Melainkan kalau anak itu mendapat kesedaran sendiri untuk berubah. Jika tiada inisiatif untuk berubah, maka sikap itu akan menular ke generasi yang seterusnya.



KONSEP UMMAH: FAKTOR PENDORONG DAN PENGHALANG

Faktor pendorong:

1)Dalam islam itu sendiri mengajar masyarakat untuk bersifat universal. Islam itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, adat resam, mahupun perbezaan jenis dan warna kulit.
2)Islam menyarankan masyarakat untuk saling mengenali serta mengadakan hubungan silaturrahim yang baik sesama manusia dalam segenap lapangan hidup sama aada yang berupa peribadi ataupun kemasyarakatan.
3) Salah satu sifat manusia ini adalah saling memerlukan di antara satu sama lain.

Faktor penghalang:

1) Penghalang besar adalah timbul isu-isu perbezaan agama, bangsa dan warna kulit dalam kalangan masyarakat.
2) Terlalu berprasangka buruk ataupun prejudis terhadap individu yang lain.
3) Kurangnya pengetahuan mengenai kebudayaan yang sedia ada mahupun yang akan dihadapi suatu masa akan datang.



KISAH YANG MENAMPAKKAN KEMAJMUKAN BANGSA BUKAN MASALAH DALAM BERAGAMA:

Pengajaran dari peritiwa termeterainya Piagam Madinah.

Semasa Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan seterusnya baginda telah dilantik menjadi pemimpin di kota tersebut. Kota Madinah didapati mempunyai masyarakat yang plural iaitu mempunyai pelbagai bangsa, etnik, agama, bahasa dan budaya. Dengan pemimpinan yang efisien dan mantap, Baginda telah berjaya menyatupadukan kaum Muhajirin dan Ansar, orang Islam dengan orang bukan Islam dan orang Yahudi sesama Yahudi; di bawah payung “persaudaraan Islam” atau “ukhuwah Islamiyyah”. Sungguhpun Kota Madinah dibentuk sebagai sebuah Negara Islam yang meletakkan al-Quran sebagai sumber perundangan, akan tetapi penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama mereka.


Pengajaran dari Perlembagaan Malaysia.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan etnik yang hidup bersama. Sungguhpun mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam, masyarakat tetap boleh hidup secara aman damai. Malah, walaupun agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam, penganut agama lain masih boleh dan bebas untuk menganut agamanya. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3 ada menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Di sini kita lihat bahawa, walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi bagi penganut-penganut agama lain boleh mengamalkan ajaran agama mereka. Di sini kita boleh lihat, kemajmukan bangsa bukan masalah dalam beragama.


2015258656
2015283342
2015278696